rubrik sirah buletin asy syifa bulan september


Kesetiaan Abu Bakar Ash shidiq

Abu Bakar Ash-Shiddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634 M. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab: Bakar yang bermaksud unta muda) karena beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran Ash-Shiddiq (yang membenarkan). Nama sebenarnya beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

Abu Bakar Ash-Shiddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang paling dekat dengan nabi. Semasa Nabi Muhammad saw berhijrah dari Makkah ke Madinah, hanya Abu Bakarlah yang terpilih untuk menemani Rasulullah saw hijrah. Rasulullah saw juga menjadi menantu Abu Bakar karena menikahi Aisyah, putri Abu Bakar.

Abu Bakar terkenal dengan kedermawanannya, termasuk dalam membebaskan budak. Salah satu yang paling terkenal adalah dibebaskannya Bilal bin Rabbah dari pentolan kaum kafir Quraisy, Umayyah bin Khalaf. Abu Bakar juga sahabat yang pertama-tama masuk Islam ketika yang lain menentang. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji.

Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah saw. Beliau mendapat gelaran Ash-Shiddiq karena sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah saw. Gelar ini bermula dari peristiwa Isra Mi’raj yang telah dialami oleh Rasulullah saw. Saat itu, banyak orang mengatakan bahwa Muhammad saw telah berdusta, beberapa sahabat pun ada yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut. Namun, berbeda dengan Abu Bakar. Beliau menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit berat, Rasul menyuruh Abu Bakar untuk mengimamkan shalat di masjid.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, sebuah majelis yang dihadiri oleh golongan Anshar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Setelah bermusyawarah, hasilnya adalah Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam .

Pelantikan Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Ali Abi Talib sebagai khalifah karena Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah saw. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Ali Abi Talib membaihkan Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahwa Ali Abi Talib hanya membaihkan Abu Bakar selepas enam bulan. Selepas dilantik menjadi khalifah, Abu Bakar harus segera mengatasi berbagai masalah yang dibuat oleh kaum pemberontak. Setelah wafatnya Rasulullah tersebut, banyak pula yang kemudian enggan membayar zakat. manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Mereka berdalih bahwa mereka hanya mentaati perintah Rasulullah saw dan menurut mereka, ketika Rasulullah saw telah wafat, maka mereka tidak perlu lagi mengikuti ajaran Islam. Bahkan yang lebih keterlaluan lagi, ada yang mengaku-ngaku sebagai nabi dan rasul sepeninggal Rasulluah saw, seperti Musailamah al-Kazzab. Maka, sebagai khalifah, Abu Bakar melancarkan perang kepada golongan-golongan ini, golongan yang telah murtad dan menghina ajaran-ajaran Rasul. Perang ini dinamakan Perang Ar Riddah. Menurut ahli sejarah Islam, pada peperangan ini banyak penghafal Al Quran yang gugur. Oleh karena itu, Umar Al-Khatab meminta Abu Bakar untuk mulai mengumpulkan tulisan ayat-ayat Al Quran yang saat itu masih terpisah-pisah.

Abu Bakar wafat pada tahun 634 M di Madinah, yaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632 M-634 M), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Sumber :

Abdul Latip bin Talip, 2008. Abu bakar sahabat sejati.PTS Millenia Sdn Bhd

http://www.pts.com.my/index.php/buku/abu_bakar_sahabat_sejati/

0 komentar:

Posting Komentar

Tafadhol antum / antunna mengkomentari posting di atas. Syukron.