Kesetiaan Abu Bakar Ash shidiq
Abu Bakar Ash-Shiddiq ialah khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634 M. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab: Bakar yang bermaksud unta muda) karena beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat terkenal dengan gelaran Ash-Shiddiq (yang membenarkan). Nama sebenarnya beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.
Abu Bakar Ash-Shiddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad saw yang paling dekat dengan nabi. Semasa Nabi Muhammad saw berhijrah dari Makkah ke Madinah, hanya Abu Bakarlah yang terpilih untuk menemani Rasulullah saw hijrah. Rasulullah saw juga menjadi menantu Abu Bakar karena menikahi Aisyah, putri Abu Bakar.
Abu Bakar terkenal dengan kedermawanannya, termasuk dalam membebaskan budak. Salah satu yang paling terkenal adalah dibebaskannya Bilal bin Rabbah dari pentolan kaum kafir Quraisy, Umayyah bin Khalaf. Abu Bakar juga sahabat yang pertama-tama masuk Islam ketika yang lain menentang. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji.
Beliau dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah saw. Beliau mendapat gelaran Ash-Shiddiq karena sentiasa membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah saw. Gelar ini bermula dari peristiwa Isra Mi’raj yang telah dialami oleh Rasulullah saw. Saat itu, banyak orang mengatakan bahwa Muhammad saw telah berdusta, beberapa sahabat pun ada yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut. Namun, berbeda dengan Abu Bakar. Beliau menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit berat, Rasul menyuruh Abu Bakar untuk mengimamkan shalat di masjid.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, sebuah majelis yang dihadiri oleh golongan Anshar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Setelah bermusyawarah, hasilnya adalah Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam .
Pelantikan Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Ali Abi Talib sebagai khalifah karena Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah saw. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Ali Abi Talib membaihkan Abu Bakar.
Abu Bakar wafat pada tahun 634 M di Madinah, yaitu dua tahun selepas menjadi khalifah.
Sumber :
Abdul Latip bin Talip, 2008. Abu bakar sahabat sejati.PTS Millenia Sdn Bhd
http://www.pts.com.my/index.php/buku/abu_bakar_sahabat_sejati/
0 komentar:
Posting Komentar
Tafadhol antum / antunna mengkomentari posting di atas. Syukron.